Friday 30 August 2013

Kisah Cinta Sang Suri

Cinta datang
tanpa diundang
Seumur masa tercipta

Dia datang bagai sakti
Bagai menyaksi mekar
Kembang pagi

Cinta datang
Dengan senyuman
Panasnya membakar mentari

Wajah yang tergambar
Tak akan terpudar
Dari hati insan yang fana ini
Fana ini...

Tak mungkin mentari
Akan terus sembunyi

Tiada...sempadan
Tak bisa kulewati

Jika ini hakikatnya
Aku serahkan jiwa & ragaku
Menantimu walau sengsara
Jika ini ketentuanNya

Jika ini hakikatnya
Aku serahkan jiwa & raga..
Jika ini ketentuanNya
Kau kan..jadi milikku jua.....


Bagai Sakti
OST Puteri Gunung Ledang



Ingat lagi tak pada kisah cinta epik Puteri Gunung Ledang dan Hang Tuah? Antara lagu yang paling best, yang inilah. Alunan Jawa dan liriknya yang indah memang kena sangat dengan kisahnya.

Well, sebenarnya saya bukan nak cerita tentang itu,tapi saya nak cerita tentang Kisah Cinta Sang Suri.
Siapa Suri tu? Saya lah!! >_< (ketawa)
Bukan apa..saya nak berkongsi kisah saya sebab lagu ni lah punya pasal. Lagu ni mengingatkan saya pada dia, nun jauh di selatan sana.. Sanggup tak dia panjat Gunung Jerai kat Kedah ni nak jumpa saya?

Jujur cakap, saya jatuh cinta pada kesabarannya melayan kerenah saya. Malah, dia sanggup buat apa saja untuk gembirakan saya. Walaupun dia penat, walaupun dia sibuk, walaupun dia sakit..dia takkan mengeluh, asalkan saya gembira. Kadang-kadang terharu sangat terima layanan dia, tapi malu nak mengaku (hehe)..
Dia, walaupun egonya tinggi, tapi walau macam manapun pasti beralah dengan saya.
Lelaki yang pernah couple dengan saya sebelum ni tak tahan dengan ego dan panas baran saya, hanya dia je yang tahan sampailah sekarang. Bukan mudah tu, y'all...>_<

Saya ingat lagi masa kami janji nak jumpa di pantai. Masa tu saya ada kat pantai, tengah tunggu dia datang. Then, bila dia datang, dia parking motor jauh dari saya (maklumlah tayar motor tak boleh pergi jauh ke pantai, nanti tersekat). Dia berjalan datang dan dekat tangan dia ada sejambak ros biru. Masa tu, hati ni rasa berbunga-bunga dan rasa macam diri ni dihargai dan disayangi sangat.. ^_^
At that moment, hati saya berkata "Yup, dia lah orangnya" He's the one.....

Saya bukanlah perempuan yang sempurna, byk kelemahan, dengan perangai macam ni lagi, muka pun xsecantik mana, harta pun xada, entah apa yang buat dia masih bersama dengan saya. But still....saya harap dia tetap bersama dengan saya, hingga jinjang pelamin hendaknya..hingga nafas yang terakhir harapnya..

Bila sampai waktu, kita akan bersama...




Wednesday 28 August 2013

Artistic Eyeliner

Dear Dealle,

Saya tgh usya Youtube tentang pemakaian eyeliner bcoz y'all pun tahu kan, eyeliner especially liquid eyeliner dan gel eyeliner is really hard to breathe when put on.. Untuk tangan menggigil sentiasa macam saya ni, memang tricky la nak buat design sayap (winged eyeliner) sekalipun.


So, the thing is, masa tengah belek dari satu tutorial ke satu yang lainnya, saya tertarik dgn artistic eyeliner yang dibuat oleh KlairedelysArt. Ada macam-macam design yang dia buat dalam konsep artistic eyeliner ni. Dan tutorial yang dibuat pun bukannya susah (chewahh). Contoh design yang dia buat, camni..

Yang ini, design yang diinspirasi daripada merak (peacock). It really is beautiful dan yang paling penting rare. Aplikasi primer mata (macam foundation jugak) sebelum taruk eyeshadow akan buat warnanya lagi menyerlah. Samalah konsepnya macam taruk warna air atas kanvas warna gelap, instead kalau letak primer, serupa macam kita cat warna air atas kanvas yang cerah. Glitter tepi mata tu dibeli daripada kedai, selalunya manik-manik yang dipeket dalam plastik tu, then ditampal menggunakan gam yang khas. Gam ni boleh guna gam bulu mata, dan pastikan ditampal pada kulit yang sedang kering. Selain dpd tu, ada jugak artistic eyeliner yang camni...

Yang ini, diinspirasikan daripada renda (lace)..I love this one, but then yang ni is a bit tricky sebab nak kena lukis apart of bulu mata. Kalau bulu mata pendek, senanglah sikit. ^_^
Tapi, bila dipikir2 balik, waktu bila je boleh cuba artistic eyeliner ni? Takkanla student mcm saya nak pergi kelas pakai eyeliner berdesign dan bercorak2 camni? Segan deh.. (ketawa) Kalau ada dinner atau event bertema bolehlah, tapi universiti saya takde kot nak buat event2 yang guna conceptual theme macam ni. Balik-balik tema batik, ataupun black & white.

Apapun kreativiti Klairedelys cipta design eyeliner yang pelbagai ni has really awed me..Love to know more from her!

*Photographs above has been retrieved from Klairedelys website & blog*





Tuesday 27 August 2013

Apa itu Dealle?

Dear Dealle,

Hehe...first of all, nak tahu tak apa maksud Dealle yang saya guna sebagai tajuk blog ni dan menggunakan sebagai sapaan? Nak tahu tak? Apa? Taknak? Hehe...nak bagitahu jugak!! Haha..

Dealle diambil daripada perkataan Danish, 'de alle', yang bermaksud 'the all' iaitu semua, atau seluruh. Konsep ini saya gunakan sebagai simbol bahawa coretan yang saya buat dalam blog ini saya dedikasikan untuk semua orang. Jadi, anggap sahajalah blog ini sebagai perkongsian dan luahan rasa saya ye? Jumpa lagi... >_<