Friday, 14 February 2014

Bila Kawanku Kahwin... ^_^



Design template dibuat di Picasa Monkey, guna background Google, dan frame Royal.
Mudah kan?



Sunday, 22 December 2013

The Glorious Night-Farewell Dinner


Selalunya bila dinner, su memang akan bergaya sakan, dengan mekap nya, dress nya, dan heels.. sejak daripada matrik lagi dah perangai camtu...semuanya pengaruh member2 kat matrik dulu lah!! And then, bila ada dinner universiti pulak, sama jugak perasaan membuak2 nak berhias tu..
Bila tengok classmate semua sampai sanggup ke hujung dunia beli baju dan buat preparation bagai, so kita pun teringin jugak nak melawa-lawa...jadi, inilah hasilnya...cantik kan baju ni...baju ni daripada butik Lolly's Beauty & Fashion, salah satu butik favourite su kalau nak beli dress, blouse dan outfit yang cantik-cantik. Yang bestnya pasal butik ni, dress dye ada macam-macam design, warna, dan saiznya kena dgn bentuk badan..tengok gambar kat atas tu cukuplah (hehe..segan..)


Malam dinner tu, mekap su agak minimalis, supaya xcomot sangat..su cuma apply foundation, make up base, eyeliner, mascara, dan lip shine...tak guna pun shading, eye shadow, blusher dan finishing powder...semuanya sebab segan dengan pensyarah2 yang hadir.. (hehe..)


Walaupun, xdelah bergaya dan sejelita mana kalau nak dibandingkan dengan classmate2 yang lain yg lebih gorgeous dan elegan, alhamdulillah rezeki Allah nak bagi, dapat gelaran Queen of the Night dan Anugerah Mrs. Arrogant.. (malu dan segan sebenarnya sebab rasa diri x layak)
Trimass banyak2 la ye bagi pengundi su... (tunduk 90 darjah)
Untuk anugerah Queen, dapatlah Crown aka headband daripada bdk2 class (sarung sendiri aje..huhu)
And then, untuk tukar2 hadiah, dapat hadiah dpd Ainatul Mardhiah, dapat komik dakwah, tajuknya, 'Hari-Hari Sayang Nabi'..Aina tu macam tahu2 je su suka komik..Thanks Aina!

 Yang ni Subrina, bestfren su di uni..malam tu dia dapat anugerah Mrs. Sporty..maklumlah atlet Malaysia la katakan..tahniah la ye Sub..

 Haa...yang ni member2 gosip dalam class...kalau duduk sekali je, mesti bergosip...yang pakai tudung oren di hujung tu Aina (yang bagi komik dakwah tu), then yang berbaju hijau sebelah su tu Syahirah.. Dye ni dean's list memanjang...tabik spring sama dia...Anyway, memang best lepak ngan diorang ni... Yang paling penting, memori dinner malam tu jadi lebih indah dengan adanya you all... (hehe, segan..)


Fazida Razali..suka sangat tgk dress dia malam tu..

Syahirah Husni..nampak x semangat je muka dia..haha..

Aina dan Sub

Table budak lelaki

Daus, tengah Ardian, dan yang buat peace tu Epul

yang ni pulak Sleeping Beauty kelas kami, Ahmad..

Momen terima anugerah Mrs Arrogant..

tak tahula Sub tu excited tengok apa...

King and Queen bersama staf yang mengundi...thanks dear!!


Seronok sangat snap2 gambar...K. Fatin, Dina, Sub, Zira...yang belakang2 tu xtahulah sapa..

K. Syikin, Dina, Azah, Nisa..su suka sangat tengok Azah..cantik sangat dia..kalau ikutkan su, dia yang paling layak jadi Queen of the Night..hehe..

Ni Farah...sweet sgt orgnye...

A. Faiz...berkarisma orgnye...

Sub dan K. Suzy..
Farah dan Ahmad...

Azah dan Raja...su paling suka sangat pasangan diorang berdua ni dalam class...sama cantik sama padan...sweet plak tu! Ahaks...jeless!!!


Inilah dia kisah makan malam kelas kami...Enjoy sangat dapat bersama2 korang semua...Happy sebab dapat classmate satu kepala macam korang, tapi sedih sebab masa semakin singkat untuk kita bersama2...Semua memori manis akan sentiasa terpahat dalam ingatan, dan mana2 kenangan pahit bersama harap dapat dilupakan dan menjadi tauladan bersama...

The Glorious Night of IF students, the end..


Friday, 22 November 2013

Dress Lolly's Beauty & Fashion Arrives in My Doorstep

Baru je 2 hari lepas (Khamis) select dress untuk dinner dari sis Nollyf Yenee II yang ada butik online, Lolly's Beauty & Fashion, hari ni (Sabtu) dah sampai dress nya!
Memang pantas dan sangat mudah berurusan dengan butik ni...
Y'all pun kalau nak beli online, Suri recommend kan butik ni untuk kepuasan y'all jugak..
Quality kain nya pun tip-top dan kena dengan saiz badan y'all.


Tak perlu lagi pening-pening kepala turun padang untuk beli baju..
Bersesak, berpanas, dan berhujan..lebih mudah beli baju yg y'all inginkan di butik ni..
Y'all boleh check fb page butik ni di sini:

https://www.facebook.com/LollysBeautyfashion

Wait for my dinner dress pictures soon!! ^_^

Tuesday, 5 November 2013

Jom Buat Website Secara Percuma!

Baru-baru ni saya tertarik dengan sebuah website oleh Ami Danial, seorang pemuda yang berwawasan tinggi dan berpandangan jauh. Website nya sangat menarik, plus masa tu pulak memang saya tengah berangan-angan nak buat website sendiri. Nama website ni ialah 'Belajar Buat Website Percuma'!! Wow...memang saya tengah cari tutorial untuk buat website dengan kos yang paling rendah (sesuai untuk student yang tak ada income tetap). Kebaikan membina website ni ialah:


(i) Dapat mempromosikan produk dan servis secara online dengan lebih baik. Antara tips untuk mempromosikan bisnes secara online adalah dengan menggunakan apa jua network yang ada; facebook, twitter, blog, dan yang paling mudah dan senang adalah website. 
(ii) Mudah dicari di carian enjin; google, yahoo, dsb. 
 (iii) Melatih diri dalam kemahiran berkomputer dan mendedahkan kita kepada pengetahuan tambahan. (pengetahuan ini boleh menjadi add value semasa kita belajar dan kerja nanti) Begitulah manfaat2 membuat website ni. 


 Berbalik kepada website milik Ami Danial ni lagi, ada banyak tutorial mudah dan khas dikumpulkan di satu tempat supaya mudah untuk dilihat oleh para pembaca. Malah, kita boleh mendaftar domain name dan hosting secara terus di webpage tu. Dapat rebat dan kupon diskaun lagi!! 


Tunjuk ajar langkah demi langkah yang ditunjukkan dalam tutorial oleh Ami Danial ni sangat mudah difahami dan apa yang nak dibuat terus menjadi tanpa ada kesukaran nak menghadap coding-coding yang berbelit-belit atau xdifahami. To sum up, 'Belajar Buat Website Percuma' by Ami Danial is simple, complete, and up-to-date!! Jom kenal personaliti yang inovatif ni, 


"Hi...nama saya Ami Danial dan saya ingin membantu anda mempelajari cara-cara untuk membina laman web (Website). Jangan bimbang, pembelajaran saya amat mudah, tidak perlukan anda memahami coding yang susah, dan semoga website anda dapat memberikan anda pendapatan yang lumayan. Sudah bersedia? Saya sudah pun bersedia !! Jom kita mulakan !!!" (Belajar Buat Website Percuma)

Bagi blogger yang sudi nak swaps button blog untuk website ni, sila-silalah copy html script kat bawah ni...have a nice day ^^