Tuesday, 3 September 2013

Biotherm Giveaway on Plusizekitten.com & Escada Sample!!

'Congratulations Suri! You're the winner for the Biotherm Giveaway on Plusizekitten.com! Please let me have your name, mailing address & contact number to courier your prize to you'

Yayyy!! Saya menang!! (gelak besar)...
Lebih kurang seminggu, lepas dapat message di atas daripada hot lady mmuahh mmuuahh I love You Tammy Lim, then the prize..satu set produk kecantikan Biotherm pun tiba.. sekali dengan goodie bag lagi..Gembiranya~~~~~ ^_^!!! Rasa macam nak meleleh2 ayaq mata sebab terlalu terharu...

Saya siap snap-snap gambar lagi sbb nak bagi y'all jeles... (hehe..)


 
 


Set produk yang saya dapat comprises of anti-shine purifying cleansing gel (RM95), micro-exfoliating purifying toner (RM98), dan pure skin effect hydrating gel (RM135). Kalau tengok harganya, boleh muntah darah nak keluarkan duwet. Student macam saya ni manalah nak cekau duwet banyak2.. But, thank goodness for Biotherm, Plusizekitten.com, L'oreal company, and my lovely Tammy Lim!! 
I love you damn much!!


*the price has been stated on YSKREVIEW*

Selain daripada courier daripada Biotherm, I also received a complimentary sample daripada Escada. They all mengeluarkan line-up terbaru, antaranya 2 jenis notes untuk perempuan; Especially Escada Delicate notes dan Especially Escada Elixir. Here is the complimentary sample pics,




Tq so much sebab pilih saya ye Team Escada ^_^...Love ur notes forever~~~

p/s: Notes dalam konteks ni adalah wangian ye murid-murid. sila google..(peace)



Sunday, 1 September 2013

<a href="http://www.bloglovin.com/blog/10468515/?claim=w6npt6tfj74">Follow my blog with Bloglovin</a>

Lolly's Beauty & Fashion by Nollyf Yenee II

Salam Dealle...

Saya baru je usya satu page fesyen Lolly's Beauty & Fashion di fb. Line-up baju dia cantik2 dan kawaiii sangat2!! Material dan fabrik yang digunakan pun comfortable dan serap peluh.Nak tengok tak line-up dye? Here there are!! ^_^

Gaya fishtail memang sgt2 popular sekarang ni...This dress is timeless..saya pun excited nak dapatkan satu..hehe... Lagi satu design yang saya suka adalah blouse daripada fabrik chiffon ni,



Selain daripada tu, ada jugak peplum, maxi dress and skirt dan jugak lace dress..haa, tengok ni,


Kawaiiii...kawaiiiii....kawaiiii...!!! Tak sabar nak dapatkan daripada page tu. Saya otw nak order, y'all bila lagi? Jom jom... ^_^

Check page nya di sini, Lolly's Beauty & Fashion..

p/s: Untuk pertanyaan/pembelian sila pm/inbox (message) di bhgn atas bisnes page ni atau sms ke 013-3075776..sms sahaja ye..tak perlu call..t.q. Dan untuk memudahkan anda,komen pada gambar,untuk mengetahui stock/colour/size available or not. Untuk pembelian, anda yang kena inbox/pm pada kami dulu ye. Kami tak bolen nak pm/inbox anda sebab setting fb xbenarkan. Harap maaf. (pesanan dr pihak penaja)


Krim Collagen by Suhada Azhar

Hello semua..

Semua wanita pasti mahukan kulit yang cerah sempurna dan gebu kan? Mengikut kajian, keanjalan kulit dipengaruhi oleh kolagen yang ada dalam kulit kita. Makin rendah kolagen, makin kurang potensi kulit untuk cantik dan bersih.

"Collagen helps to give strength to various structures of the body and also protects structures like the skin by preventing absorption and spreading of pathogenic substances, environmental toxins, micro - organisms and cancerous cells. Collagen protein is the cement that holds everything together. " 

Dr Ananya Mandal, MD

FYI, saya pernah jugak try collagen cream termasuk krim kolagen yang ni, tu pun dipromote oleh mama kesayangan saya (mmmmuuuahhhh),

Honestly, after try out dalam seminggu, muka saya memang nampak perubahan. Tapi, tak lama dapat pakai sebab kedai yang saya selalu beli krim ni kata stok dah habis, maklumlah sambutannya sangat hangat dekat area Sg. Petani ni (sedih sekejap). Masa tu pulak, saya dah nak pergi Terengganu jadi saya pun dah lama xnampak produk krim ni lagi. Sehinggalah baru-baru ni, saya berkenalan dengan rakan fb yang merupakan agen yang jual krim ni. Yahooooo!!!!! (gembiranya dalam hati). Jadi, lepas ni memang takkan tinggallah saya nak pakai krim ni balik.. ^_^

Untuk tempahan, sila klik tuan empunya fb ni ye, Suhada Azhar.

Best Souvenirs and Gifts for Your Loved Ones...


 Wahh, cantik-cantik kan souvenir ni? custom pillow, memorial, key-chain, puzzle, doorgift untuk wedding @ event. Semuanya boleh ditempah mengikut kehendak pelanggan, contohnya letak gambar sendiri, dan kata-kata ucapan sendiri. Cute sangat-sangat kan? Sangat sesuai dihadiahkan kepada yang tersayang pada Hari Jadi, Hari Ibu, dan hari-hari istimewa yang lain. Pasti terharu saat menerimanya. (sweet sangat!!)

Bagi perniagaan jugak boleh buat custom sticker with business logo masing-masing. Superb sangat-sangat kan? Ini jugak secara langsung dapat promote perniagaan y'all kepada org ramai.

Semua perkhidmatan ini disediakan oleh Cenderahati Akamika Gift. Banyak lagi perkhidmatan yang disediakan. Bagi yang nak kahwin ke, nak bagi hadiah istimewa ke dan lain-lain lagi, bolehla check
facebook page dan blog nya.

Friday, 30 August 2013

Kisah Cinta Sang Suri

Cinta datang
tanpa diundang
Seumur masa tercipta

Dia datang bagai sakti
Bagai menyaksi mekar
Kembang pagi

Cinta datang
Dengan senyuman
Panasnya membakar mentari

Wajah yang tergambar
Tak akan terpudar
Dari hati insan yang fana ini
Fana ini...

Tak mungkin mentari
Akan terus sembunyi

Tiada...sempadan
Tak bisa kulewati

Jika ini hakikatnya
Aku serahkan jiwa & ragaku
Menantimu walau sengsara
Jika ini ketentuanNya

Jika ini hakikatnya
Aku serahkan jiwa & raga..
Jika ini ketentuanNya
Kau kan..jadi milikku jua.....


Bagai Sakti
OST Puteri Gunung Ledang



Ingat lagi tak pada kisah cinta epik Puteri Gunung Ledang dan Hang Tuah? Antara lagu yang paling best, yang inilah. Alunan Jawa dan liriknya yang indah memang kena sangat dengan kisahnya.

Well, sebenarnya saya bukan nak cerita tentang itu,tapi saya nak cerita tentang Kisah Cinta Sang Suri.
Siapa Suri tu? Saya lah!! >_< (ketawa)
Bukan apa..saya nak berkongsi kisah saya sebab lagu ni lah punya pasal. Lagu ni mengingatkan saya pada dia, nun jauh di selatan sana.. Sanggup tak dia panjat Gunung Jerai kat Kedah ni nak jumpa saya?

Jujur cakap, saya jatuh cinta pada kesabarannya melayan kerenah saya. Malah, dia sanggup buat apa saja untuk gembirakan saya. Walaupun dia penat, walaupun dia sibuk, walaupun dia sakit..dia takkan mengeluh, asalkan saya gembira. Kadang-kadang terharu sangat terima layanan dia, tapi malu nak mengaku (hehe)..
Dia, walaupun egonya tinggi, tapi walau macam manapun pasti beralah dengan saya.
Lelaki yang pernah couple dengan saya sebelum ni tak tahan dengan ego dan panas baran saya, hanya dia je yang tahan sampailah sekarang. Bukan mudah tu, y'all...>_<

Saya ingat lagi masa kami janji nak jumpa di pantai. Masa tu saya ada kat pantai, tengah tunggu dia datang. Then, bila dia datang, dia parking motor jauh dari saya (maklumlah tayar motor tak boleh pergi jauh ke pantai, nanti tersekat). Dia berjalan datang dan dekat tangan dia ada sejambak ros biru. Masa tu, hati ni rasa berbunga-bunga dan rasa macam diri ni dihargai dan disayangi sangat.. ^_^
At that moment, hati saya berkata "Yup, dia lah orangnya" He's the one.....

Saya bukanlah perempuan yang sempurna, byk kelemahan, dengan perangai macam ni lagi, muka pun xsecantik mana, harta pun xada, entah apa yang buat dia masih bersama dengan saya. But still....saya harap dia tetap bersama dengan saya, hingga jinjang pelamin hendaknya..hingga nafas yang terakhir harapnya..

Bila sampai waktu, kita akan bersama...




Wednesday, 28 August 2013

Artistic Eyeliner

Dear Dealle,

Saya tgh usya Youtube tentang pemakaian eyeliner bcoz y'all pun tahu kan, eyeliner especially liquid eyeliner dan gel eyeliner is really hard to breathe when put on.. Untuk tangan menggigil sentiasa macam saya ni, memang tricky la nak buat design sayap (winged eyeliner) sekalipun.


So, the thing is, masa tengah belek dari satu tutorial ke satu yang lainnya, saya tertarik dgn artistic eyeliner yang dibuat oleh KlairedelysArt. Ada macam-macam design yang dia buat dalam konsep artistic eyeliner ni. Dan tutorial yang dibuat pun bukannya susah (chewahh). Contoh design yang dia buat, camni..

Yang ini, design yang diinspirasi daripada merak (peacock). It really is beautiful dan yang paling penting rare. Aplikasi primer mata (macam foundation jugak) sebelum taruk eyeshadow akan buat warnanya lagi menyerlah. Samalah konsepnya macam taruk warna air atas kanvas warna gelap, instead kalau letak primer, serupa macam kita cat warna air atas kanvas yang cerah. Glitter tepi mata tu dibeli daripada kedai, selalunya manik-manik yang dipeket dalam plastik tu, then ditampal menggunakan gam yang khas. Gam ni boleh guna gam bulu mata, dan pastikan ditampal pada kulit yang sedang kering. Selain dpd tu, ada jugak artistic eyeliner yang camni...

Yang ini, diinspirasikan daripada renda (lace)..I love this one, but then yang ni is a bit tricky sebab nak kena lukis apart of bulu mata. Kalau bulu mata pendek, senanglah sikit. ^_^
Tapi, bila dipikir2 balik, waktu bila je boleh cuba artistic eyeliner ni? Takkanla student mcm saya nak pergi kelas pakai eyeliner berdesign dan bercorak2 camni? Segan deh.. (ketawa) Kalau ada dinner atau event bertema bolehlah, tapi universiti saya takde kot nak buat event2 yang guna conceptual theme macam ni. Balik-balik tema batik, ataupun black & white.

Apapun kreativiti Klairedelys cipta design eyeliner yang pelbagai ni has really awed me..Love to know more from her!

*Photographs above has been retrieved from Klairedelys website & blog*